Bantuan
Bagaimana nak menghantar album saya kepada kawan-kawan?
Soalan yang baik! Hantarkan album kepada kawan-kawan anda melalui emel adalah cara yang mudah dan cepat. Anda boleh berkongsi album diri anda atau album pengguna lain di Blog.
Mulalah dengan menklik Album pada bar menu - ini akan membawa anda kepada halaman baru yang akan menyeranaikan semua album dalam Blogs. Klik pada album yang anda ingini untuk membuat pilihan. Anda akan boleh melayari kandungan album pilihan anda, dan anda akan menjumpai satu tab yang mengatakan 'Kongsi'. Klik tab 'Kongsi' ini untuk menghantarkan album kepada kawan-kawan anda melalui emel. Masukkan alamat emel kawan anda dalam ruangan yang disediakan (sebanyak 10 kawan sekaligus) dan jikalau anda ingin, anda juga boleh mencatatkan mesej ringkas untuk mereka. Selepas itu, klik 'Hantar'! Kawan-kawan anda akan menerima emel HTML dengan album anda serta pautan kepada persembahan slaid kandungan album anda.
