Bantuan
Bagaimana nak melaporkan kandungan yang kurang elok/kasar?
Jika anda mendapati sebarangan kandungan yang kurang elok atau menjelikkan, laporkan pada kami dengan klik pada paut Lapor Kandungan Kurang Elok yang boleh didapati di akhir setiap halaman. Dengan klik pada pautan tersebut akan membukakan sebuah tetingkap di mana anda boleh huraikan mengapa anda berfikir kandungan tersebut adalah kurang elok. Masukkan laporan anda dan klik Hantar.
Bagaimanakah saya membuat laporan? Mengapakah saya patut membuat laporan?
Disebabkan ahli Kumpulan Blog juga merupakan manusia, ia adalah mustahil untuk kami menapiskan semua entri yang dihantar ke Blog. Jadi, untuk mengekalkan persekitaran yang selamat dan sihat, sila membuat laporan apabila anda mendapati sebarang kandungan yang melanggar Terma & Syarat-syarat kami seperti Blog yang mempunyai entri yang mengandungi keganasan, menjolok mata, rasisme, pelanggaran hak cipta dan lain-lain. Selepas laporan anda dihantarkan, kami akan mendapat notifikasi yang memberitahu kami tentang kandungan yang kurang elok ini, dan ini akan membolehkan kami menyiasat Blogs/entri tersebut serta menyingkirkan kandungan yang tidak baik.
Sila perhatikan bahawa anda tidak akan menerima sebarang pengesahan ataupun notifikasi selepas kami mengkajikan kandungan yang dilaporkan, tetapi kami memberi jaminan bahawa kami akan mengkajikan semua laporan dengan serius. Untuk membantu kami mengekalkan kesan efektif proses kajian ini, sila hanya membuat laporan tentang kandungan yang anda percaya adalah amat memudaratkan, tidak sesuai, haram, ataupun menjelakkan.
Terima kasih kerana menyumbang kepada usaha kolektif terhadap menjadikan Blog suatu tempat yang selamat dan sihat!