Bantuan

Apakah Album Pintar dan sepintar manakah ia?

Album Pintar adalah album yang menurut semua perintah anda tanpa sebarang soalan. Kini, anda boleh mengarah Album Pintar untuk mengumpul entri berdasarkan penanda. Kami menamakan penanda tersebut sebagai Penanda Album Pintar. Dengan Penanda Album Pintar, semua catatan yang berkongsi penanda tersebut akan disusun secara automatik ke album yang berkenaan. Dengan cara ini, anda boleh menambahkan entri ke dalam album ketika anda menandakan penanda pada ia.

Untuk menentukan Penanda Album Pintar anda, sila pergi ke Album > Cipta. Klik pada 'Jadikan ini sebuah Album Pintar' dan masukkan penanda di ruang yang disediakan. Semua entri yang telah ditanda dengan mana-mana Penanda Album Pintar yang anda tentukan akan ditambah ke album tersebut secara automatik.

Sebuah Album Pintar mengumpulkan semua catatan yang mempunyai penanda yang serupa dan menempatkan ia ke dalam album. Untuk mengeluarkan entri dari sebuah Album Pintar, keluarkan Penanda Album Pintar dari entri tersebut. (Perhatian: Anda tidak akan dapat cari opsyen untuk mengeluarkan entri dari Album Pintar di Senarai Entri/Lihat Album di menu turunjatuh. Opsyen ini hanya terdapat di album biasa sahaja)

Jangan ke mana-mana sementara kami memperkembangkan kebijaksanaan album ini!