Bantuan
Bagaimana hendak memasukkan gambar ke dalam entri Blog?
Terdapat dua cara untuk memasukkan gambar ke dalam entri Blog. Anda boleh lakukan ia dengan menggunakan editor dalam mod WYSIWYG (ia merupakan mod lalai) atau lakukan ia dalam mod HTML/TEXT.
Melalui mod WYSIWYG (cara lalai):
-
Sila klik butang 'Masukkan imej' pada borang editan (ditunjukkan pada gambar di bawah). Satu tetingkap kecil akan baru akan buka untuk membolehkan anda untuk memilih gambar yang anda ingin dan tetapkan spesifikasi tentang gambar yang anda pilih. Sila biar tetingkap baru ini untuk habis muatan.

-
Pilihkan saiz untuk gambar anda sebelum anda memilih gambar anda. Saiz lalai adalah 480x360 piksel. Jika anda ingin mempamerkan gambar yang lebih besar ataupun lebih kecil, sila pilihkan dimensi yang anda ingin dari menu jatuhturun.

- Tetingkap baru ini akan menunjukkan 6 gambar thumbnail sekaligus, bermula dengan gambar anda yang terbaru. Sila klik 'terdahulu' ataupun 'berikut' untuk melayari gambar anda. Klik pada gambar yang anda mahu untuk membuat pilihan anda.
- Sila klik OK.
Untuk memasukkan gambar dalam mod HTML/TEKS:
-
Sila klik butang 'Toggle punca HTML' (ditunjukkan pada gambar di bawah) untuk menukarkan WYSIWYG kepada mod HTML/TEKS.

-
Masukkan blok kod HTML gambar ke dalam ruangan teks.

Untuk mendapatkan blok kod HTML gambar yang anda ingin mempamerkan, sila klik pada pautan 'Guna Di Tempat Lain' pada senarai aksi pada bahagian kanan halaman entri yang anda boleh salin dan tampalkan.

-
Jika anda ingin mengubahkan saiz gambar anda, masukkan spesifikasi tentang ukuran lebar dan tinggi (diukur dalam piksel) pada barisan terakhir blok kod seperti yang ditunjukkan dalam teks berwarn merah di bawah:
<a href="http://spamelaanderson.staging2.com/2739" title="This photo lives in Blog.com. Upload gigabytes each month - absolutely FREE!"><img src="http://spamelaanderson.staging2.com/media/photos/2739_wbqehjjnsa_vlarge.jpg" alt="IMG_4123" height="300" width="320" /></a>
-
Sila klik SIMPAN apabila anda selesai.
Itu saja - gambar tersimpan dalam blog entri anda!