Bantuan

Bagaimana nak menanda penanda pada entri saya?

Penanda adalah kata kekunci yang digunakan untuk menghuraikan entri yang anda masukkan. Anda boleh penandakan gambar, video dan audio untuk memudahkan ia untuk diasingkan, dicari dan dikongsi kelak. Contohnya, anda penandakan suatu entri sebagai 'kuning'. Kelak, apabila anda ingin mencari entri yang berkaitan dengan kuning, anda cuma perlu klik pada penanda tersebut dan anda akan dapatkan semua entri yang ditanda dengan cara yang sama.

Terdapat banyak cara untuk menandakan penanda pada catatan anda di Blog.

  1. Penandakan entri semasa anda sedang muat naik. Anda hanya perlu memasukkan penanda dalam ruangan yang disediakan dalam borang muat naik melalui web.

  2. Penandakan muat naik sekumpulan serta-merta - Masukkan penanda anda dalam seksyen "Masukkan maklumat berkumpulan" dalam borang muat naik melalui web.

  3. Penandakan entri semasa anda sedang menggunakan blog mudah-alih anda. Jika anda sedang menghantar entri melalui MMS dari telefon bimbit anda, sila masukkan ##tag diikuti dengan penanda pilihan anda ke dalam baris subjek anda. Jika anda sedang menghantar entri melalui emel dari komputer anda, sila masukkan ##tag diikuti dengan penanda pilihan anda di mana-mana dalam isi emel ataupun baris subjek emel.
  4. Penandakan entri selepas anda sudah menghantarkannya. Untuk melakukan ini, sila pergi ke Entri, pilihkan entri-entri yang anda ingin penandakan sebelum anda memilih 'Tambah penanda' dari menu turunjatuh. Masukkan penanda anda dalam ruangan yang ditunjukkan dan sila klik TAMBAH.

  5. Penandakan entri semasa anda sedang membaca entri dalam blog anda. Sila kilk pada tajuk entri yang anda ingin penandakan - anda akan dibawa ke halaman individu entri tersebut. Kilk pada 'Edit entri' dari senarai aksi pada bahagian kanan halaman tersebut, dan masukkan penanda anda dalam ruangan 'Penanda' dalam borang editan.

  6. Tetapkan penanda lalai untuk semua entri anda. Sila pergi ke Akaun Saya > Keutamaan dan masukkan penanda lalai anda ke dalam ruangan yang disediakan. Dengan ini, semua entri anda pada masa depan akan diberi penanda secara automatik.

Perhatian: Setiap penanda harus mengandungi minimum 2 huruf dan maksimum 64 huruf. Sila jangan menggunakan simbol-simbol berikut: / \ % ? & kerana ini akan mengakibatkan kesilapan dalam penanda anda.