Bantuan

Soalan

  • Apakah jenis format fail sokongan Blog?
  • Apakah had saiz untuk fail yang dimuat naik di Blog?
  • Apakah alamat Blog mudah alih saya?
  • Apakah had saiz untuk fail yang dimuat naik melalui Blog mudah alih?
  • Bagaimana hendak melakukan tetapan gambar profil saya?
  • Saya tak dapat melihat video dan persembahan slaid atau mendengar apa-apa audio di Blog. Adakah saya mempunyai apa-apa masalah?
  • Bagaimana nak melaporkan pepijat yang menjengkelkan?
  • Bagaimana nak menanda penanda pada entri saya?
  • Saya ingin menukarkan platform Blog semasa saya ke Blog. Adakah anda mempunyai alatan mengimport yang boleh memindahkan semua pos ke Blog dengan proses yang lebih mudah?
  • Apakah itu komen langsung?
  • Bagaimana menetapkan iringan audio untuk persembahan slaid saya?
  • Bagaimana memuat naik bahan di Blog?
  • Bagaimana hendak memasukkan gambar ke dalam entri Blog?
  • Bagaimana hendak memasukkan video/audio saya ke dalam entri Blog?
  • Bagaimana hendak menetapkan entri audio dan video saya untuk dimainkan secara automatik?
  • Bagaimana hendak meletakkan penanda buku?
  • Apakah pelayar yang ideal untuk Blog?
  • Apakah Album Pintar dan sepintar manakah ia?
  • Bagaimana nak memasukkan lencana ke dalam Blog saya?
  • Bagaimana nak mengeluarkan sebuah lencana?
  • Bagaimana nak melaporkan kandungan yang kurang elok/kasar?
  • Bagaimana nak menjemput kawan-kawan ke Blog?
  • Apakah itu Blog Mudah Alih dan bagaimana nak menggunakannya?
  • Bagaimana nak menghantar album saya kepada kawan-kawan?
  • Saya telah memuat naik beberapa entri sebentar tadi, tapi ia tidak muncul di Blog saya. Apa yang patut saya lakukan?
  • Saya memuat turun fail audio dari Blogkawan saya kebelakangan ini, tapi hanya dapat separuh sahaja. Mengapa? Lagu tersebut dapat dimainkan dengan sepenuh di Blogkawan saya.
  • Saya telah mencipta beberapa album lalai saban hari dan ia mempunyai masalah – saya mendapat lebih album dari jangkaan saya dan mempunyai banyak entri replika. Apa yang sedang berlaku?
  • Mengapa saya tidak dapat memuat turun video/audio versi original yang saya sukai?
  • Having trouble using this site?
  • Jawapan

    TopQ: Apakah jenis format fail sokongan Blog?

    Blog menyokong jenis format fail berikut:

    Gambar:
    • JPG (Ini adalah format biasa untuk gambar yang diambil dengan kamera digital)
    • TIFF
    • GIF
    • PNG
    • BMP
    Videos:
    • 3GPP (Ini adalah format biasa untuk video yang dirakam dengan telefonkamera)
    • MPEG
    • AVI
    • WMV
    • MOV
    • MP4
    Audio:
    • AMR (Ini adalah format biasa untuk klip audio yang dirakam dengan telefon bimbit)
    • WAV
    • MP3
    • WMA

    Format fail lain tidak dapat digunakan.

    TopQ: Apakah had saiz untuk fail yang dimuat naik di Blog?

    Had saiz untuk fail yang dimuat naik di Blog adalah 100MB setiap fail. Fail yang lebih dari 100MB tidak dapat diterbitkan, jadi periksa saiz fail anda sebelum muat naik untuk mengelak dari kekecewaan.

    TopQ: Apakah alamat Blog mudah alih saya?

    Alamat Blog mudah anda adalah seperti berikut:

    username.Blogging-key@blog.xfresh.com

    Contohnya, jika nama pengguna anda ialah ahmad, alamat lalai anda adalah seperti berikut:

    ahmad.26738273@blog.xfresh.com

    Alamat Blog mudah alih anda boleh didapati di Akaun Saya > Blog Mudah Alih. Hantarkan entri ke alamat ini apabila anda menggunakan telefon bimbit atau email.

    TopQ: Apakah had saiz untuk fail yang dimuat naik melalui Blog mudah alih?

    Oleh kerana Blog mudah alih memerlukan emel/MMS, saiz fail yang diterima adalah jauh lebih kecil berbanding dengan muat naik di tapak web. Jumlah saiz fail untuk entri melalui Blog mudah ahli adalah 10MB. Setiap fail individu yang dilekatkan tidak boleh melebihi 5MB

    TopQ: Bagaimana hendak melakukan tetapan gambar profil saya?

    Untuk tetapan gambar profil anda, mulakan dengan memasukkan sekeping gambar (ATAU, anda boleh menggunakan gambar yang dimasukkan sebelum ini). Apabila gambar yang anda mahu berada dalam senarai entri anda, klik pada tajuk entri untuk melihat ia sebagai entri individu. Anda akan nampak sebuah bar tepi di sebelah kanan dengan senarai Aksi. Klik pada bebutang Set sebagai gambar profil dan sahkannya. Tahniah! Kini anda mempunyai gambar profil. Anda boleh menukarkan gambar profil anda pada bila-bila masa dengan mengulangi langkah-langkah tersebut.

    TopQ: Saya tak dapat melihat video dan persembahan slaid atau mendengar apa-apa audio di Blog. Adakah saya mempunyai apa-apa masalah?

    Tidak, kami pasti anda tidak mempunyai apa-apa masalah. Kejadian ini mungkin berlaku kerana anda masih belum muat turunkan Flash Player 8. Anda perlu menggunakan Flash Player 8 untuk melihat dan mendengar video, persembahan slaid dan audio di Blog. Muat turun sekarang dengan percuma di www.macromedia.com

    Kalau anda mempunyai Flash Player 8 tapi masih tidak dapat lihat atau dengar apa-apa, mintakan bantuan di webmaster@xfresh.com

    TopQ: Bagaimana nak melaporkan pepijat yang menjengkelkan?

    Beta Blog baru masih lagi dalam pemerhatian, jadi anda mungkin akan berhadapan dengan peranti pepijat sekali sekala. Apabila ia berlaku, sila laporkan pada kami di webmaster@xfresh.com dan kami sedia membantu. Anda perlu memberikan maklumat berikut:

    1. Apakah jenis pelayar yang anda gunakan ketika pepijat ni muncul? Sila nyatakan versi pelayar anda juga, seperti, 'FireFox 1.5.0.3'.
    2. Berikan huraian mengenai apa yang berlaku di sekitar pepijat itu - apa yang berlaku/tidak berlaku, apa yang anda sedang masukkan, apa pautan yang anda klik?
    3. Jika terdapat sesuatu yang aneh, sila sertakan screenshot dalam emel anda. Anda boleh dapatkan screenshotdengan cara berikut:
      Untuk Windows:
      • Tekan kekunci Alt + Print Screen. Ini akan menangkap screenshot tersebut
      • Buka Paint, simpan ia dan lampirkan ia ke emel anda
      Untuk MAC:
      • Gunakan kekunci pintas: Shift+Command+3 untuk skrinshot penuh, atau gunakan Shift+Command+4 untuk memilih dan memotong screenshot. Screenshott anda akan disimpan secara automatik ke desktop anda
      • Lampirkan screenshot tersebut ke emel anda
    4. Itu saja! Melaporkan pepijat dapat membantu kami membantu anda, terima kasih!

    TopQ: Bagaimana nak menanda penanda pada entri saya?

    Penanda adalah kata kekunci yang digunakan untuk menghuraikan entri yang anda masukkan. Anda boleh penandakan gambar, video dan audio untuk memudahkan ia untuk diasingkan, dicari dan dikongsi kelak. Contohnya, anda penandakan suatu entri sebagai 'kuning'. Kelak, apabila anda ingin mencari entri yang berkaitan dengan kuning, anda cuma perlu klik pada penanda tersebut dan anda akan dapatkan semua entri yang ditanda dengan cara yang sama.

    Terdapat banyak cara untuk menandakan penanda pada catatan anda di Blog.

    TopQ: Saya ingin menukarkan platform Blog semasa saya ke Blog. Adakah anda mempunyai alatan mengimport yang boleh memindahkan semua pos ke Blog dengan proses yang lebih mudah?

    Kami bergembira kerana anda merancang untuk memindahkan Blog anda ke sini dan kami sangat mengalu-alukan kedatangan anda. Kami memahami bahawa ia merupakan suatu proses yang amat rumit, jadi kami tengah mencipta alatan mengimport yang boleh membantu anda berpindah dengan mudah sekali. Kami berjanji anda tidak perlu menunggu lama!

    TopQ: Apakah itu komen langsung?

    Komen langsung adalah komen yang muncul dalam masa nyata. Jika anda memasang komen langsung, anda boleh lihat komen untuk entri ada muncul dengan serta merta apabila pengguna lain memasukkannya. Untuk membuka membuka komen langsung, klik paut di sebelah seksyen Komen (di mana anda melihat entri) yang mengatakan 'Komen langsung padam'.

    TopQ: Bagaimana menetapkan iringan audio untuk persembahan slaid saya?

    Ia sungguh mudah. Tambahkan fail audio ke album gambar yang anda ingin pamerkan sebagai persembahan slaid, dan poof! Audio tersebut akan dimainkan secara automatik apabila anda membuka persembahan slaid anda. Sila ambil perhatian bahawa jika anda mempunyai lebih dari sebuah lagu di albumn anda, hanya lagu pertama di senarai anda akan dimainkan.

    TopQ: Bagaimana memuat naik bahan di Blog?

    Terdapat 2 cara untuk memuat naik entri di Blog. Terbitkan entri anda melalui:

    1. Muat naik melalui web
    2. Pemuat naik Flash

    TopQ: Bagaimana hendak memasukkan gambar ke dalam entri Blog?

    Terdapat dua cara untuk memasukkan gambar ke dalam entri Blog. Anda boleh lakukan ia dengan menggunakan editor dalam mod WYSIWYG (ia merupakan mod lalai) atau lakukan ia dalam mod HTML/TEXT.

    TopQ: Bagaimana hendak memasukkan video/audio saya ke dalam entri Blog?

    Untuk memasukkan video/audio ke dalam entri Blog, anda perlu bekerjasama dengan editor dalam mod HTML/TEXT.

    TopQ: Bagaimana hendak menetapkan entri audio dan video saya untuk dimainkan secara automatik?

    Ianya cukup mudahi. Anda tidak memerlukan pengetahuan teknologi yang mendalam. Pertama sekali, anda perlu dapatkan kod untuk entri viedo/audio dan tampalkan ia di ruang teks di editor Blog anda ketika masih dalam mod HTML/TEXT. Kemudian, anda cuma perlu cari dan padamkan bahagian kod yang mengatakan "&noAuto=1" dan video/audio anda akan bermain automatik setiap kali anda dan kawan anda masuk ke halaman tersebut.

    TopQ: Bagaimana hendak meletakkan penanda buku?

    Untuk meletakkan penanda buku, klik pada Penanda buku di bar menu anda. Kemudian masukkan URL, tajuk dan huraian di ruang teks yang diberikan dan simpankan entri anda.

    TopQ: Apakah pelayar yang ideal untuk Blog?

    Pelayar yang ideal untuk melayari Blog anda ialah FireFox. Blog adalah direka dengan pelayar ini. Jika anda masih belum ada FireFox, anda boleh muat turunkan veris terbaru dengan percuma di http://www.mozilla.com/firefox.

    Tidak kisah pelayar yang mana yang anda gunakan, sila ambil perhatian bahawa beberapa seting yang berikut adalah penting untuk pengalaman yang seronok di Blog:

    • Resolusi skrin anda patut disetkan pada minimum 1024x768
    • Pastikan anda sedia mempunyai Macromedia Flash Player 8 atau lebih baru supaya anda dapat menikmati video, audio dan persembahan Blog di Blog. Jika anda masih belum mempunyainya, muat turunkannya dengan percuma di http://www.adobe.com/go/getflashplayer
    • Javascript perlu didayakan
    • Cookies juga perlu didayakan

    Jika anda mengalami masalah yang berkaitan dengan pelayar, dan ia tidak akan hilang walaupun anda telah melakukan semua dengan betul, sila hubungi kami di webmaster@xfresh.com.

    Anda mungkin boleh dapatkan panduan dari bahagian isu-isu terkenal yang berkaitan dengan pelayar:

    TopQ: Apakah Album Pintar dan sepintar manakah ia?

    Album Pintar adalah album yang menurut semua perintah anda tanpa sebarang soalan. Kini, anda boleh mengarah Album Pintar untuk mengumpul entri berdasarkan penanda. Kami menamakan penanda tersebut sebagai Penanda Album Pintar. Dengan Penanda Album Pintar, semua catatan yang berkongsi penanda tersebut akan disusun secara automatik ke album yang berkenaan. Dengan cara ini, anda boleh menambahkan entri ke dalam album ketika anda menandakan penanda pada ia.

    Untuk menentukan Penanda Album Pintar anda, sila pergi ke Album > Cipta. Klik pada 'Jadikan ini sebuah Album Pintar' dan masukkan penanda di ruang yang disediakan. Semua entri yang telah ditanda dengan mana-mana Penanda Album Pintar yang anda tentukan akan ditambah ke album tersebut secara automatik.

    Sebuah Album Pintar mengumpulkan semua catatan yang mempunyai penanda yang serupa dan menempatkan ia ke dalam album. Untuk mengeluarkan entri dari sebuah Album Pintar, keluarkan Penanda Album Pintar dari entri tersebut. (Perhatian: Anda tidak akan dapat cari opsyen untuk mengeluarkan entri dari Album Pintar di Senarai Entri/Lihat Album di menu turunjatuh. Opsyen ini hanya terdapat di album biasa sahaja)

    Jangan ke mana-mana sementara kami memperkembangkan kebijaksanaan album ini!

    TopQ: Bagaimana nak memasukkan lencana ke dalam Blog saya?

    Lencana anda merupakan imej yang ringkas yang berpaut pada tempat lain, sila pergi ke Lihat & Rasa > Grafiti dan tampalkan kod lencana di seksyen Grafiti anda. Ia akan muncul sebagai Grafiti anda.

    TopQ: Bagaimana nak mengeluarkan sebuah lencana?

    Untuk mengeluarkan sebuah lencana, padamkan kod lencana dari seksyen Lihat & Rasa > Grafiti atau pergi ke seksyen Lihat & Rasa > Snippet > Lencana dan nyahaktifkan lencana tersebut dengan menarik ia dari senarai kiri ke senarai kanan.

    TopQ: Bagaimana nak melaporkan kandungan yang kurang elok/kasar?

    Jika anda mendapati sebarangan kandungan yang kurang elok atau menjelikkan, laporkan pada kami dengan klik pada paut Lapor Kandungan Kurang Elok yang boleh didapati di akhir setiap halaman. Dengan klik pada pautan tersebut akan membukakan sebuah tetingkap di mana anda boleh huraikan mengapa anda berfikir kandungan tersebut adalah kurang elok. Masukkan laporan anda dan klik Hantar.

    TopQ: Bagaimana nak menjemput kawan-kawan ke Blog?

    Jemput kawan-kawan anda ke Blog merupakan cara anda untuk memastikan Blog anda tidak akan kehabisan ruang! Anda boleh mengumpulkan setem percuma dengan hanya mendapatkan kawan-kawan anda bertemu dengan anda di sini. Kami telah memudahkan proses ini untuk anda kerana kami faham bahawa Blog adalah lebih seronok dengan dengan kawan-kawan anda! Anda boleh menghantar jemputan dari dua tempat di Blog anda: Bar Menu anda dan seksyen Kawan > Jemput. Masukkan alamat emel kawan di ruang yang ditunjukkan (sebanyak 10 alamat dalam sekaligus), masukkan mesej peribadi jika anda ingin, dan klik Hantar.

    TopQ: Apakah itu Blog Mudah Alih dan bagaimana nak menggunakannya?

    Blog Mudah Alih adalah versi Blog yang boleh diakses melalui telefon bimbit anda. Anda perlu sebuah telefon yang mempunya akses data (GPRS/EDGE/3G) dan pelayar yang mematuhi XHTML untuk menikmati versi Blog yang hebat ini.

    Untuk menggunakan Blog melalui telefon bimbit anda, masukkan http://<username>.Blog.com ke pelayar mudah alih anda. (Anda juga boleh menggunakan Blog Mudah Alih dari pelayar komputer anda juga, melalui http://<username>.Blog.com/m). Anda boleh melayari gambar dan entri Blog terbaru, Blog dan komen, penanda gelintar serta mencari kawan. Anda juga boleh log masuk dan memuat naik media ke Blog anda dan memberi komen pada entri.

    Format media yang disokong oleh Blog Mudah Alih:

    • Gambar: BMP, GIF, JPG, PNG, TIFF
    • Video: 3GP, AVI, MOV, MP4, MPG, WMV
    • Audio: AMR, MP3, WAV, WMA

    Format fail lain tidak dapat digunakan.

    Blog Mobile masih dalam perjalanan pertamanya (maksudnya: versi beta) buat masa kini, dan pastinya terdapat lebih benda hebat yang akan datang! Jika anda mempunyai apa-apa soalan mengenai ciri-ciri dan kemudahan Blog Mudah Alih, jangan segan nak menghantarkan emel kepada kami di webmaster@xfresh.com.

    TopQ: Bagaimana nak menghantar album saya kepada kawan-kawan?

    Soalan yang baik! Hantarkan album kepada kawan-kawan anda melalui emel adalah cara yang mudah dan cepat. Anda boleh berkongsi album diri anda atau album pengguna lain di Blog.

    TopQ: Saya telah memuat naik beberapa entri sebentar tadi, tapi ia tidak muncul di Blog saya. Apa yang patut saya lakukan?

    Jika entri anda kehilangan, anda boleh cuba periksa di Monitor Muat Naik anda.

    Semua entri yang anda masukkan (melalui apa-apa kaedah, termasuk Blog mudah alih) boleh dijejak di Monitor Muat Naik. Monitor Muat Naik adalah cara yang baik untuk mengetahui jika Blog telah menerima dan memproseskan entri anda. Jika anda memasukkan beberapa entri sekaligus, entri-entri tersebut akan diaturkan untuk diproses. Fail besar akan mengambil masa yang lebih panjang, maka ia mengambil masa yang lebih panjang untuk muncul di senarai Entri anda. Jika fail anda tersekat atau mempunyai apa-apa masalah, ia akan ditunjukkan di sana. Jika Monitor Muat Naik anda menunjukkan masalah, atau jika anda tidak nampak kemajuan fail anda disenaraikan di sana selepas 30 minit selepas anda memasukkan ia, emel kami dengan butiran di webmaster@xfresh.com. Demi kemeruapan perkhidmatan emel dan MMS yang tidak tersangka, entri yang dihantar melalui Blog mudah alih berisiko akan kehilangan dari masa ke semasa.

    Seperkara lagi yang anda boleh periksa ketika anda menghadapi kesulitan adalah saiz fail anda. Jika entri anda melebih had maksimum saiz fail (iaitu 100MB setiap fail untuk muat naik dan 10MB untuk setiap emel/MMS untuk Blogmudah alih) ianya pasti tidak dapat sampai ke Bloganda. Anda hanya perlu membetulkan saiz fail itu dan cuba sekali lagi!

    TopQ: Saya memuat turun fail audio dari Blogkawan saya kebelakangan ini, tapi hanya dapat separuh sahaja. Mengapa? Lagu tersebut dapat dimainkan dengan sepenuh di Blogkawan saya.

    Kesulitan ini biasanya disebabkan oleh gangguan talian semasa anda memuat turun fail tersebut. ISP anda mungkin telah tamat masa ketika muat turun, maka terganggu proses tersebut. Cuba sekali lagi! Jika ini berlaku lagi, emel kepada kami di webmaster@xfresh.com dan kami akan menyiasatkannya.

    TopQ: Saya telah mencipta beberapa album lalai saban hari dan ia mempunyai masalah – saya mendapat lebih album dari jangkaan saya dan mempunyai banyak entri replika. Apa yang sedang berlaku?

    Ini berlaku apabila nama album lalai anda mengandungi tanda koma. Tanda koma akan menyebabkan reaksi yang tertentu – Ia adalah penting untuk mengingati nama album, tanda koma berfungsi sebagai pengasingan dan bukan sebagai tanda baca. Contohnya, jika anda mencipta sebuah album bernama "San Francisco, California" anda akan mendapat dua buah album – sebuah bernama "San Francisco" dan satu lagi bernama "California". Jika kedua-duanya ditetapkan sebagai album lalai, semua entri akan direplikakan dan dimasukkan ke dalam kedua-dua buah album ini. Jadi, anda perlu ingat bahawa jangan menggunakan tanda koma dalam nama album.

    TopQ: Mengapa saya tidak dapat memuat turun video/audio versi original yang saya sukai?

    Kami amat kesali kejadian ini! Blogkini sedang membesar dengan pecut, maknanya pelayan kami telah bekerja dengan kuat. Untuk membantu anda dengan lebih cekap, pelayan kami sedang dinaiktarafkan.

    Video dan audio original tidak dapat diakses buat masa kini. Ini adalah untuk meringankan beban pelayan kami semasa kami sedang mempertingkatkan taraf pelayan kami. Anda masih dapat memuat turunkan video/audio dalam format FLV (Video Flash).

    Ciri-ciri ini boleh digunakan lagi apabila pelayan kami siap dinaik tarafkan.

    TopQ: Having trouble using this site?

    Some possible cause

    Browser compatibility. This site is tested to work with IE6, IE7, Firefox. Please upgrade to the latest version of Internet Explorer or Firefox.

    3rd party toolbars blocking cookies. If you have Google or Yahoo toolbar installed, please make sure cookies is enabled. It is disabled by default.

    Cookies. This site works with cookies. You will need to have cookies enabled and your browser security level set to "medium" to allow cookie creation.

    Internet connection. A stable and relatively quick internet connection is required to use this site.